Wednesday, November 16, 2011

Tolonglah....berubah.

petang tadi lepas habis main futsal dengan member ofis dan beberapa orang student, aku balik ikut Bukit Beruang. memang ini jalan lazim untuk aku pergi dan balik kerja.

sampai dekat lampu isyarat IPK Melaka, aku berhenti belakang sebuah motor. ada dua lelaki atas motor tu. tapi bukan kisah dua lelaki di atas motor yang aku nak cerita kat sini. yang nak dijadikan cerita ialah datang sebuah lagi motor dan berhenti sebelah motor pertama tadi. rupanya member dia juga. baik punya sembang. penunggang motor yang baru sampai tadi menghulurkan sesuatu pada pembonceng motor yang pertama tadi. aku perhatikan, dia bagi makanan kat member dia. Gardenia Twiggies. mamat yang membonceng tadi ambil, buka bungkusan dan terus bahagia dua roti tu. satu dia bagi kat member dia yang bawa motor, satu lagi dia ngap..

agak terharu juga la aku tengok scene tu. betapa pembonceng tu tak pentingkan diri. walaupun roti tu kecil, dia bahagi gak dua untuk member dia. bagus. walaupun remeh pada sesetengah orang, tapi pada aku benda sekecil tu tetap mengajar kita nilai persahabatan.

lampu bertukar hijau, semua kenderaan bergerak termasuk aku. aku masih berada di belakang motor dua orang lelaki tadi. masa ni, aku tengok pembonceng tadi meramas-ramas bungkusan roti tadi sambil memandang-mandang ketepi jalan. aku dah mula rasa tak sedap hati. "jangan mamat ni buang tepi jalan sudah", bisik hati kecilku..hahah...

rupanya betul apa yang aku risaukan. bila dia tengok line clear je, dengan selamba dia buang bungkusan tadi tepi jalan. hadoiii..hilang mood terharu aku tadi. terus tukar mood bengang. aku cukup tak berkenan dengan mentaliti buang sampah merata-rata ni. tapi ni la yang menjadi tabiat kebanyakkan kita. setakat buang bungkusan makanan, puntung dan kotak rokok tu macam jadi makanan harian je. lebih dahsyat lagi, aku pernah nampak ada seorang makhluk ni dengan selamba buang sepangsa kulit durian dari lori yang dia naik. aku kat tepi naik motor lak tu. nasib baik tak kena. kalau tak boleh cedera parah woo...

come on la...apa yang susah sangat kalau kita simpan dulu apa yang kita nak buang tu, lepas tu bila sampai destinasi, cari la tong sampah. ataupun berhenti kejap kat mana-mana yang nampak ada tong sampah, buang. apa yang payah benar. aku faham memang kadang-kadang sesetengah tempat kat Malaysia ni, tong sampah takde/tak banyak waima kat tempat awam sekalipun. tapi tu bukan alasan. nak seribu daya bro, sis...bukan mati pun kalau pegang kejap.

kalau tengah memandu sorang-sorang tu, letak je la kat lantai keta kalau sampah tu kering. takkan la boleh 'effect body' kereta tu. kalau sampah tu agak basah, rajin-rajin kan lah mata tu sikit cari tong sampah. bila jumpa, berhenti kejap buang.

kita kena ada rasa tanggungjawab la dalam hal ni. memang mudah untuk kita buang sampah merata-rata. sekali lempar je, setel..tapi fikirkanlah balik, betul ke apa yang kita buat. kita duk ajar budak-budak buang sampah kat tempat yang betul, tapi kita sendiri praktikkan tak apa yang kita ajar tu? kena ada rasa sayang la kat alam sekitar ni. ni amanah dari Dia ni..

senang cerita konsep dia lebih kurang macam ni lah. bayangkan kita ada sebuah rumah. kita bagi tetamu kita duk kat rumah tu. tapi bila kita datang balik, kita tengok rumah tu habis punah, kotor, sampah berterabur dan segala macam bentuk kekotoran dan huru-hara. bengang dan marah tak kita? mesti kita rasa tetamu tu memang kurang ajar, takde adab dan tak kenang budi kan??

so lebih kurang itu la yang ramai antara kita buat sekarang. Dia bagi kita tempat tinggal dengan segala macam kemudahan yang lengkap sempurna tersedia, tapi kita kotorkan tempat tinggal yang Dia bagi ni sesuka hati kita. patut ke?

kita fikirlah sama-sama ye..satu je pesan dari individu marhaein macam aku ni...TOLONGLAH....BERUBAH..JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA...


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgb1Us927RWqxO9b-eRHhHohLcIJJ1DAQIoGCMHvu-m8ZCDak0zLrX3kBhaHcw9e0lfZ2_2dy7dkyE7CHn_9A0s3bti7TekAELSA7dyPRxqF8daQ7zMLusPC4B5AwgixA5wwkohY9HvZf0/s1600/buang-sampah-1.jpg
malu la kat adik comel ni

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYZQfIGe3LXEUYg9_zXc6hKloed6LlfodLSQqlCPTY5nXpLh-ezRYBnhPsVgmYQeKl8HQ2LOXQLci0M5koNgDQEg060sn8p8_e-jtAdKwE33aqwG_cgU9nygSAFBE6HQjXpjfahrs62qz1/s400/4.jpg


takkan sampai kena letak signboard macam ni kot?? ;-)
http://i297.photobucket.com/albums/mm214/natak_comel/gambar/752282938lxq3.jpg