Saturday, March 9, 2013

cara baru kenal kawan


http://pakarcinta.com/blog/wp-content/uploads/2012/05/sahabat-kucing.jpg


  • “Wahai anakku! Bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”
  • “Wahai anakku! Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah SWT.”

di atas adalah petikan dari siri nasihat Lukman Al-Hakim yang bijaksana buat anak-anaknya. apa yang dapat aku fahami dalam nasihat di atas adalah panduan untuk memilih kawan yang baik dan memberi manfaat kepada kita.

namun dalam zaman yang penuh keanehan ini, aku berpendapat ada satu lagi jalan yang agak berkesan untuk menilai seorang kawan. iaitu melalui fahaman dan pegangan politiknya.

contoh terdekat adalah senario yang berlaku di negara kita kini. tak perlu diperincikan apa yang berlaku. namun sekarang ini dapat kita lihat siapa kawan kita sebenarnya. kawan yang dulunya bukan main neutral, tidak menyebelahi mana-mana pihak kini jelas terserlah belangnya.

kalau dulu bukan main bersungguh-sungguh benar dia menonjolkan diri sebagai orang yang menyokong hak menentang batil, kini semuanya tinggal kata-kata kosong. bagi kawan-kawan yang dulu menghormati cara dan pendiriannya, kini mula mengeleng-gelengkan kepada melihat perangai sebenarnya.

adalah molek jika sikap berdegar-degarnya itu dipertarungkan untuk kebenaran. namun sayangnya, sesuatu yang dusta dan songsang menjadi inti hujah-hujahnya. sayangnya kawanku..sayangnya...........

ternyata dia sebenarnya bersifat talam dua muka. itu bermakna, segala kata-kata, perbuatan dan pegangan yang ditonjolkannya adalah palsu semata. dengan kata yang lebih mudah, dia itu mempunyai kepentingan diri dalam apa yang didokongnya.....

kini baru semuanya terserlah..

manusia oh manusia.......


“Wahai anakku! Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.”


LUKMAN AL-HAKIM



No comments: